PKP: Edar 2,000 Kotak Makan Di Sekitar Ipoh

thumbnail

1

IPOH: Atas rasa prihatin, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pembangunan Manitha telah mengedarkan 2,000 kotak makanan kepada golongan yang terkesan terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Pengarah Strategik Komunikasi Korporat Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Siti Kamesah Bee Mohd Hashim, pengedaran itu dilakukan di sekitar lapan kawasan yang telah disasarkan di Bandaraya Ipoh.

2

Katanya ia termasuk dengan pengedaran kotak makanan dan barang keperluan lain kepada pasukan polis di beberapa balai polis dekat sini.

Jelas beliau inisiatif tersebut diambil sebagai sebahagian daripada usaha MB Inc yang juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyumbang kembali kepada masyarakat.

3

“Kami bersama-sama NGO ini telah dan sedang mengedarkan barang-barang makanan asas kepada golongan yang memerlukan.

“Bukan sahaja di Ipoh, malah kami juga turut mengambil kira nasib masyarakat Orang Asli di luar sana.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak yang memberi kepercayaan kepada kami memberi tugas dan tanggungjawab ini,” katanya.

4

Beliau berkata ketika ditemui pemberita pada sesi pengagihan kotak makanan kepada para penghuni Pangsapuri Tambun, di sini, hari ini.

Ia turut dihadiri lebih 20 kakitangan MB Inc dan wakil-wakil Persatuan Pembangunan Manitha.

5

Difahamkan antara barangan yang disumbangkan adalah termasuk beras, gula, sardin, susu, dan minyak masak.

Sementara itu, MB Inc dalam satu kenyataan berkata pada 20 sehingga 24 Mac lalu, GLC tersebut turut telah menjalakan perkhidmatan nyah kuman dan sanitasi secara percuma di 21 buah masjid dan balai polis yang melibatkan daerah Batang Padang, Kampar, Kinta dan Larut Matang Selama.

6

Dalam kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata syarikatnya telah menumbang RM200,000 kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak.

Selain menyegerakan pembayaran gaji kakitangan, katanya MB Inc turut memberi pengecualian sewaan kepada operator-operator dalam menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Sumber :https://peraktoday.com.my/2020/03/pkp-edar-2000-kotak-makan-di-sekitar-ipoh/