Menteri Besar Incorporated (Perak) menerusi anak syarikatnya, Pengurusan Pasir Perak (3P) telah mengambil bahagian menjadi pempamer dalam Persidangan Pegawai Kanan (SOC) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2022 di Hotel Casuarina Meru.
Persidangan yang bertemakan “PENDIGITALAN: Kelangsungan Perkhidmatan di Era Endemik” itu dirasmikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Seri Fadillah Yusof .
Tema yang dianjurkan oleh persidangan itu bertepatan dengan pengoperasian pengurusan pasir 3P yang turut memperkasakan aspek pendigitalan.
Pada masa sama, YB Menteri turut meluangkan masa melawat booth pameran MB Inc. dan turut diberikan penerangan ringkas berkaitan model pengurusan terbaik pasir dengan pengunaan sistem operasi kuari lebih cekap dan lestari, e-docket.
Dalam pada itu, YB Menteri juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada MB Inc. yang turut mengambil bahagian dalam persidangan tersebut.
Persidangan tersebut bermula 20 sehingga 22 Jun 2022 itu melibatkan penyertaan 41 pempamer gerai termasuk pelbagai agensi, jabatan Kerajaan dan swasta.