Sekitar Lawatan Teknikal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak ke Tanjung Tualang No 5 (TT5) dan Tapak Projek Escape @ Ipoh.
Objektif lawatan tersebut ialah memberi taklimat berkaitan perincian pembinaan, operasi projek berserta pembudayaan dan implementasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Escape @ Ipoh kepada JKKP Perak.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pembangunan Adventure Park, MIlan Vanek.
Selain itu, turut disampaikan taklimat berkaitan latar belakang TT5 serta pengenalan projek Escape @ Ipoh oleh wakil Menteri Besar Incorporated (Perak), En Shahrin Zainon.
Turut hadir ialah Pengarah JKKP, Dr. Rabaayah Daud; Timbalan Pengarah Khidmat Teknik, Pn. Sharida serta delegasi Ketua-ketua Unit berkaitan, pegawai - pegawai daripada JKKP Perak, ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MB Inc. (Safety Committee) dan warga kerja MB Inc.
MB Inc. sentiasa komited dalam memastikan kesemua anak syarikat dan rakan-rakan strategik mematuhi dan memperkasakan pembudayaan KKP di tempat kerja selaras dengan pematuhan perundangan yang berkaitan.
Semoga lawatan ini dapat memberikan input yang positif bagi kedua-dua pihak dan segala penambahbaikan akan dititikberatkan bagi memastikan tahap kecemerlangan pembudayaan KKP di MB Inc. sentiasa cemerlang dan mematuhi perundangan yang berkaitan.