DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; serta DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen.(B) Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YABhg. Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini; YB Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid; YB Menteri Perumahan dan Kajian Tempatan, Tuan Nga Kor Ming; barisan Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); serta barisan Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Perak.
Terdahulu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan berangkat bercemar duli menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar dan kemudian berkenan menziarahi Makam DiRaja Bukit Chandan.