Dalam usaha mempererat ukhuwah dan menyuburkan silaturahim sempena bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini, Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa MB Inc. Perak bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri Perak, baru-baru ini.
Selain menjadi wadah untuk meraikan dan mengukuhkan hubungan bersama para pemegang taruh, majlis tersebut turut melambangkan penghargaan tulus terhadap sokongan padu serta kerjasama erat daripada pelbagai pihak dalam menjayakan agenda pembangunan negeri Perak.
Hadir sama ialah Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Perak, Puan Halizah binti Sipun; Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak, Encik Adha Syurani bin Abd. Ghani; serta Penolong Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Encik Haziq Faris bin Aris.
Antara agensi Kerajaan Negeri yang turut hadir mengimarahkan majlis tersebut ialah UPEN, PTG Negeri Perak, JMG Negeri Perak, Jabatan Audit Negara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri serta beberapa agensi berkaitan lain.
Majlis seperti ini diharapkan akan terus menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih akrab, saluran komunikasi yang lebih telus serta landasan kolaborasi yang lebih berdaya saing demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Perak.