Sekitar Majlis Perasmian Penutupan Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2023 yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 15 sehingga 17 September 2023 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Karnival yang berlangsung ini sarat dengan aktiviti pertandingan sukan rakyat, persembahan muzik, funride dan pelbagai gerai jualan oleh usahawan-usahawan tempatan khususnya dari negeri Perak.
Tidak ketinggalan, Karnival Kerjaya juga telah diadakan dan pihak Menteri Besar Incorporated (Perak) turut bersama menyokong dengan membuka booth kerjaya yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri Perak.
Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer Zubin. Hadir sama mengiringi YB Yang Di-Pertua Dewan Negeri, Dato’ Mohamad Zahir bin Abdul Khalid; barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud; serta barisan Ketua/ Pengarah Jabatan Negeri Perak.
Pada masa sama, YAB Menteri Besar Perak turut sudi menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin selaku salah satu agensi penaja sepanjang penganjuran KAMU 2023 pada tahun ini.
Semoga penganjuran KAMU 2023 dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang, sekali gus membantu dalam aspek pembangunan dan peluang kerjaya khususnya kepada anak muda dan warga belia di negeri Perak.