Sewaktu Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2023 yang telah berlangsung selama 3 hari tersebut, turut diadakan Karnival Kerjaya dan TVET Perak Sejahtera bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Menteri Besar Incorporated (Perak) turut bersama memberi sokongan dengan membuka reruai kerjaya untuk membantu pencari kerja mendapatkan peluang perkerjaan khususnya kepada anak muda dan warga belia yang hadir sepanjang program KAMU 2023 berlangsung.
Untuk makluman, pihak MB Inc. bersama lebih daripada 50 buah syarikat daripada pelbagai sektor industri dari seluruh negara telah mengambil bahagian sebagai pempamer untuk menawarkan peluang pekerjaan dan kekosongan jawatan yang diperlukan syarikat masing-masing.
Seramai 500 orang telah berkunjung ke reruai kerjaya MB Inc. untuk menghantar permohonan pekerjaan mengikut jawatan dan bidang yang tertentu, pada masa sama mereka turut diberi perkongsian bermanfaat berkenaan syarikat oleh barisan wakil pengurusan dan pegawai MB Inc.
Dalam pada itu, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad turut berkunjung ke setiap reruai kerjaya yang terdapat di sepanjang Karnival Kerjaya tersebut.
Turut hadir mewakili Menteri Besar Incorporated (Perak), Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin; Pengurus Kanan Amanjaya Global Sdn. Bhd., Ts. Hj Zul Helmi Ghazali; Penolong Pengurus Besar Sumber Manusia & Pentadbiran MB Inc., Encik Rizam Bin Abd Rani; dan barisan wakil kerja MB Inc.
Semoga usaha baik dan inisiatif yang telah dilaksanakan ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan pembangunan negeri khususnya kepada seluruh rakyat negeri Perak.