Kerajaan Negeri melalui Institut Darul Ridzuan (IDR) telah menganjurkan Perak Economic Outlook 2024 yang diadakan di Dewan Bankuet, SUK Perak.
Objektif program ini adalah sebagai platform perbincangan isu dan hala tuju sosio-ekonomi Negeri Perak daripada pakar-pakar dalam setiap bidang, badan pemikir & ahli akademik untuk mereka berdiskusi, bertukar pendapat mengenai situasi ekonomi yang sedang berlangsung di Perak serta cabaran yang akan datang.
Selain menjadi forum bagi membahas peluang dan isu-isu sewajarnya, program ini merupakan pendekatan amalan terbaik dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi sekali gus menjayakan pelaksanaan Perak Sejahtera 2030.
Program ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.
Turut hadir, YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman; YBhg. Pengarah Institut Asia-Eropah (AE) Universiti Malaya (UM), Prof. Ulung Ekonomi Negara Dato’ Dr. Rajah Rasiah; YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Maisarah binti Ahmad serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Syabas diucapkan kepada Institut Darul Ridzuan kerana telah berjaya menganjurkan forum yang berprestij ini.