Sekitar Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2024 yang berlangsung di Hotel Casuarina.
Majlis tersebut disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad.
Dalam majlis tersebut, YAB Menteri Besar dalam ucapannya memberi penekanan kepada lima fokus utama sebagai agenda penting kerajaan negeri pada tahun ini.
Kesemua lima fokus tersebut merupakan faktor penting dalam membangunkan ekonomi serta kesejahteraan Negeri Perak.
Lima fokus tersebut adalah:
1. Memberdaya Ekonomi, Meneroka Sumber Pendapatan Baru
2. Memacu Inovasi Dalam Sistem Penyampaian
3. Mengangkat Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat
4. Meneguhkan Agenda Kelestarian Alam Sekitar
5. Menjayakan Tahun Melawat Perak 2024
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YB Ahli-Ahli Dewan Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Semoga majlis ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi Negeri Perak di samping merealisasikan agenda Pelan Perak Sejahtera 2030.