Menteri Besar Incorporated (Perak) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Sepak Takraw Negeri Perak (Perak Bison) yang telah mengharumkan negeri Perak selaku juara dalam kejuaraan Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2022/23 dan Piala Tun Ali 2023 pada tahun lepas.
Pada majlis sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad turut menyampaikan Insentif Kecemerlangan Sukan RM 100,000 kepada Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (PERSEDA), YBhg. Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan bagi pihak pasukan Perak Bison di atas pencapaian yang sangat membanggakan ini.
Tahniah juga kepada dua warga kerja MB Inc. iaitu Saudara Muhammad Noraizat Muhd Nordin dan Saudara Meor Zulfikar Mat Amin yang telah mewakili pasukan Perak Bison merangkul kedua-dua kejuaraan tersebut.
MB Inc. sebagai rakan strategik kepada pasukan Perak Bison sentiasa komited menyokong pembangunan sukan di negeri Perak agar seluruh pemain dapat terus melakar kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
Semoga insentif oleh Kerajaan Negeri tersebut dapat menjadi pemangkin semangat kepada seluruh pemain pasukan Perak Bison. Tahniah !