DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Negeri Perak Darul Ridzuan 2024 di Dataran Warisan Taiping.
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; serta DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin; serta Barisan Ketua/Pengarah Jabatan Kerajaan Negeri Perak.
Sambutan pada tahun ini jelas menggambarkan semangat perpaduan dan keharmonian yang telah dibanjiri oleh lebih 5,000 masyarakat di negeri Perak yang telah disajikan dengan pelbagai persembahan antaranya tarian singa, tarian naga, pukulan gendang dan tarian kipas.
Pada majlis sama, DYMM Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan mencemar duli menyampaikan ang pau kepada kanak-kanak di sekitar Taiping yang hadir pada majlis tersebut.
Seusai majlis, DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak berkenan pulang ke Ipoh menaiki tren ETS yang merupakan jaringan pengangkutan awam yang menhubungkan bandar-bandar utama di antara Gemas ke Padang Besar.
Semoga semangat perpaduan di kalangan masyarakat negeri Perak terus disemarakkan demi mengekalkan keharmonian bersama sekali gus dapat memperkuatkan jalinan kerjasama, keamanan dan kestabilan seluruh masyarakat secara holistik.