Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menganjurkan MB Inc. Media Familiarisation Trip 2024 bersama rakan-rakan media negeri Perak bertempat di ESCAPE Ipoh, Tanjung Tualang, baru-baru ini.
Program pada kali ini adalah langkah penting dalam menghargai sumbangan rakan-rakan media dalam menyebarkan informasi yang berkualiti serta dapat memupuk hubungan baik di antara MB Inc. dan media.
Pada masa sama, program ini juga bertujuan bagi memberi peluang kepada rakan-rakan media bersama keluarga untuk menjadi antara yang terawal merasai pengalaman dan keterujaan ESCAPE Ipoh yang bakal dibuka kepada pengunjung pada suku kedua tahun ini.
Turut hadir, Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Perak, Encik Shaarani bin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure Group (SLG), Mr. Philip Whittaker; Pengerusi Kelab Pengamal Media Perak, Encik Sayed Mohd Hesham bin Syed Idris; Pengurus Amanjaya TT5 Sdn. Bhd., Encik Shaharin bin Zainon; serta agensi-agensi media yang terdiri daripada Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak, Utusan, Bernama, The Star Media Group dan lain-lain.
Semoga dengan pelaksanaan program seperti ini dapat menghargai jasa baik rakan-rakan media yang telah berusaha untuk menyokong segala inisiatif MB Inc. serta Kerajaan Negeri dengan memberikan kualiti liputan terbaik kepada seluruh masyarakat negeri Perak khususnya.