Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengimarahkan bulan Ramadan dengan menganjurkan Majlis Iftar Perdana IPK Perak Tahun 2024M/1445H bersama YDH Dato’ Sri Ketua Polis Perak yang bertempat di Foyer Surau Al-Falah, IPK Perak.
Majlis Iftar Perdana tersebut adalah salah satu platform yang memperlihatkan kesatuan dan kerjasama di antara pihak agensi Kerajaan Negeri dan IPK Perak dalam mencapai matlamat bersama iaitu keamanan dan kesejahteraan.
Turut hadir ialah Ketua Polis Perak, YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Hassan; Panglima Briged Kedua Infantri, Markas 2 Briged, YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Asri bin Shukor; barisan OCPD Daerah; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Encik Anuar Zainal Abidin; serta barisan anggota IPK Perak.
Dalam majlis sama turut menyaksikan upacara penyampaian sumbangan kepada anak-anak warga PDRM yang telah disempurnakan oleh YDH Dato’ Sri Ketua Polis Perak.
Terdahulu semua tetamu kehormat dan para hadirin telah bersama dalam tahlil ringkas, jamuan berbuka puasa, bersolat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah serta diikuti solat sunat terawih.
Semoga majlis tersebut dapat diteruskan di masa depan sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama yang sedia terjalin di antara pihak MB Inc. dan IPK Perak.