Menteri Besar Incorporated (Perak) bersama rakan strategik Centegic Mining Sdn. Bhd. telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi sumbangan kepada masyarakat Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.
Salah satu inisiatif utama adalah dengan menghulurkan bantuan kotak makanan yang dapat dinikmati lebih 100 buah keluarga terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kampung Kelatap, Kampung Talang dan Kampung Saseh.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Centegic Mining Sdn. Bhd., Encik Roy Wong; serta barisan wakil kerja Centegic kepada seluruh penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Dalam pada itu, turut disumbangkan adalah peralatan khemah, kerusi dan meja untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada komuniti setempat.
Semoga dengan usaha murni ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan membantu dalam mengurangkan perbelanjaan penduduk sekaligus dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh masyarakat Orang Asli di sana.