Menteri Besar Incorporated (Perak) mewakili Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menguruskan agihan wang zakat wakalah kepada 44 orang asnaf miskin di sekitar daerah Lenggong, baru-baru ini.
Majlis penyerahan agihan zakat wakalah ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program CSR MB Inc. untuk mengukuhkan kesedaran dan membina sebuah masyarakat yang sejahtera.
Pada masa sama, menerusi penyerahan agihan zakat wakalah ini juga dapat menjadi satu titik pertemuan antara penderma dan penerima yang sekaligus dapat memperkukuhkan ikatan sosial antara masyarakat dan agensi Kerajaan Negeri.
Hadir sama menyampaikan sumbangan bagi pihak MB Inc. Perak ialah Pengurus Kanan Amanjaya Global Sdn. Bhd., Tuan Hj. Zul Helmi bin Ghazali dan disaksikan oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Perak, Tuan Mohamad Hamidi bin Baharuddin.
Pihak MB Inc. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang dan membantu menjayakan program ini dan semoga melalui sumbangan ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan.