YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad dan delegasi Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan satu pertemuan interaktif bersama Kedutaan Malaysia di Korea Selatan dan Anak-Anak Mahasiswa Perak yang menuntut di sini sempena lawatan kerja rasmi Kerajaan Negeri ke Korea Selatan, hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, YAB Menteri Besar Perak mengambil peluang dalam mencerakinkan usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam merancakkan ekonomi demi kesejahteraan rakyat di negeri Perak khususnya.
Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, TYT Ambassador Dato’ Mohd Zamruni Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Tuan Loh Sze Yee; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, Puan Haliza binti Sipun; Kaunselor Pendidikan Malaysia ke Korea Selatan, Tuan Shahril Nizam Idris; serta barisan Ketua Jabatan Negeri.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin dan barisan wakil pengurusan kanan MB Inc. Perak.
Untuk makluman, seramai 23 orang anak Perak terdiri daripada mahasiswa Malaysia di Korea turut bersama bertukar-tukar pandangan dengan barisan kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri mengenai isu-isu yang berkepentingan bersama.
Semoga hasil sesi pertemuan bersama YAB Menteri Besar Perak ini dapat membawa manfaat positif bagi kesejahteraan dan pengalaman para mahasiswa Malaysia di Korea, sekaligus dapat melahirkan pemimpin yang cemerlang pada masa depan.