Menteri Besar Incorporated (Perak) telah bersama-sama menghadiri program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-3 pada tahun ini yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Daerah Batang Padang, baru-baru ini.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahimi; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; serta barisan Ketua Jabatan dan Agensi Negeri.
Program yang lazimnya dijalankan setiap bulan ini adalah sebagai platform bagi mendengar aduan seterusnya membantu dan menyelesaikan masalah yang dialami rakyat negeri Perak secara pantas dan efisien.
Pada majlis sama, sembilan komuniti daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) telah menerima dana melalui Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTI MADANI) yang diserahkan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohammad.
Semoga program yang dilaksanakan setiap bulan ini dapat terus menyantuni dan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat di negeri Perak.