YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad telah mengetuai Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, hari ini.
Program ini merupakan platform strategik untuk rakyat menyuarakan aspirasi, menyalurkan aduan, dan mempercepatkan penyelesaian isu. Ia turut memperkukuh ketelusan pentadbiran serta mengukuhkan hubungan antara jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dengan rakyat.
Hadir sama ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; barisan YB Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta Ketua-Ketua Agensi dan Jabatan Negeri.
Program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mewujudkan pentadbiran yang dinamik, responsif dan mengutamakan kesejahteraan rakyat, sejajar dengan hasrat menjadikan Perak sebagai negeri yang makmur dan sejahtera.
Secara keseluruhannya, inisiatif ini memberi impak bermakna kepada rakyat negeri Perak melalui peningkatan kecekapan perkhidmatan dan pengukuhan kepercayaan terhadap institusi kerajaan. Landasan kukuh ini membolehkan pembangunan mampan dan bersepadu dilaksanakan, seiring dengan aspirasi ke arah negeri yang lebih progresif dan berdaya saing.