Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Komunikasi Korporat Universiti Malaya (UM) dalam satu inisiatif strategik bagi mengukuhkan kerjasama dalam industri Batik Perak, hari ini.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen proaktif MB Inc. Perak untuk meneroka peluang kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi terkemuka negara, khususnya dalam usaha mengangkat martabat dan meluaskan potensi Batik Perak.
Turut hadir ialah Puan Siti Salwa Md Padzil yang menjalankan fungsi Pengarah UM; Encik Rizam Abd Rani selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak; serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua pihak.
Perbincangan yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek kerjasama strategik yang bakal memberi nilai tambah kepada ekosistem pembangunan batik tempatan.
Kolaborasi antara MB Inc. Perak dan UM ini dijangka membuka dimensi baharu dalam pembangunan industri Batik Perak, merangkumi aspek penyelidikan, inovasi, pembangunan kapasiti serta pemasaran yang lebih dinamik dan berdaya saing.