Menteri Besar Incorporated (Perak) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Dr. Ian Llyod Anthony, dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik dan memantapkan hubungan profesional antara kedua-dua pihak.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan MB Inc. Perak untuk menjalin kolaborasi erat dengan institusi kesihatan di negeri Perak, khususnya dalam meneroka peluang kerjasama yang saling menguntungkan merentasi pelbagai bidang strategik.
Turut hadir ialah, Timbalan Pengarah (Perubatan) HBUK, Dr. Ahmad Qabil bin Khalib; Encik Rizam Abd Rani selaku wakil pengurusan kanan MB Inc. Perak; serta barisan pegawai MB Inc. Perak.
Pertemuan ini turut menyaksikan kedua-dua pihak terlibat dalam perbincangan komprehensif bagi memperhalusi dan berkongsi pengalaman berkenaan prosedur, protokol serta amalan terbaik yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Melalui jalinan kolaboratif yang diperkukuh ini, MB Inc. Perak dan Hospital Bahagia Ulu Kinta berkomitmen untuk terus mengembangkan sinergi bersama demi memastikan kesejahteraan dan kecemerlangan perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua pihak berkepentingan.