Menteri Besar Incorporated (Perak) turut menyertai Majlis Malam Media Perak Sejahtera 2030 bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri dengan warga media, baru-baru ini.
Majlis ini merupakan penghargaan setinggi-tingginya kepada warga media atas dedikasi dan komitmen mereka dalam menyampaikan maklumat yang tepat serta jelas kepada masyarakat berkenaan hala tuju dan agenda pembangunan Kerajaan Negeri bagi merealisasikan Perak Sejahtera 2030.
Turut hadir ialah YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia; Pengerusi Kelab Pengamal Media Perak; serta para Ketua Jabatan dan Agensi Negeri.
Majlis ini juga menjadi platform perbincangan bermakna tentang hala tuju pembangunan negeri sambil berinteraksi langsung dengan warga media demi membina persepsi positif serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap agenda transformasi yang sedang dilaksanakan.
MB Inc. Perak yang memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan sosioekonomi negeri sentiasa komited menyokong agenda komunikasi Kerajaan Negeri serta membina jaringan kerjasama yang erat dengan pihak media.
Semangat kolaborasi berterusan antara semua pihak, khususnya rakan-rakan pengamal media Perak, diharap mampu membawa impak signifikan dalam menyebarkan kisah kejayaan Negeri Perak kepada khalayak yang lebih luas di seluruh negara.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak