YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad bersama barisan kepimpinan pentadbiran tertinggi Kerajaan Negeri Perak telah menghadiri Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1 Tahun 2026 pada hari ini.
Turut hadir ialah YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Program yang dirangka dan diteruskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini merupakan platform strategik bagi masyarakat setempat untuk menyuarakan isu-isu semasa, mengemukakan cadangan penambahbaikan, serta memperoleh maklumat secara langsung daripada Kerajaan Negeri.
Pelaksanaan program ini telah berjaya mewujudkan wadah komunikasi yang berkesan antara rakyat dan pemimpin negeri, sekaligus mengukuhkan hubungan erat yang sedia terjalin melalui dialog yang konstruktif dan berorientasikan penyelesaian.
Melalui inisiatif sebegini, rakyat diharapkan dapat terus merasai manfaat yang signifikan dalam kehidupan seharian mereka selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memperkasa kemakmuran dan kesejahteraan seluruh rakyat Perak.