Menteri Besar Incorporated (Perak) selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri telah memainkan peranan aktif dalam mengimarahkan Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Perak bersama Penjawat Awam Negeri Perak Tahun 2026, baru-baru ini.
Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta segenap lapisan Penjawat Awam Negeri.
Majlis yang penuh bermakna ini mencerminkan komitmen kukuh seluruh GLC negeri dalam memupuk perpaduan serta mempererat tali silaturahim antara sektor korporat dengan barisan penjawat awam yang sentiasa menjadi tunggak utama pentadbiran negeri.
Semoga kemuliaan bulan Ramadan tahun ini menjadi medan terbaik bagi kita semua untuk mempergiatkan amalan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah SWT, serta memperbaharui keazaman dalam menunaikan setiap amanah dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak