Dalam semangat mengimarahkan kemuliaan bulan Ramadan tahun ini, Menteri Besar Incorporated (Perak) menerusi Kelab Warga Kerja MB Inc. Perak (CRESTERS) telah melaksanakan Ihya' Ramadan Cresters MB Inc. Perak 2026 melalui penganjuran Program Santun Sahur.
Program berkenaan bertujuan menyantuni barisan hadapan negara serta golongan gelandangan dengan mengagihkan sumbangan makanan sahur di beberapa lokasi strategik merangkumi kawasan Ipoh, Meru, Manjoi, Jelapang dan Chemor.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Dato’ Anuar Zainal Abidin; barisan pengurusan kanan; serta warga kerja MB Inc. Perak.
Inisiatif bermakna ini sekaligus membuktikan komitmen berterusan MB Inc. Perak terhadap nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat, di samping meringankan beban kehidupan golongan yang memerlukan secara holistik.
Program Santun Sahur turut merupakan manifestasi keprihatinan korporat MB Inc. Perak yang diterjemahkan secara proaktif dan menyeluruh, sekaligus diharapkan dapat terus menjadi pemangkin kepada kesejahteraan rakyat negeri Perak secara berterusan.