YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Menteri Besar Incorporated (Perak), Dato’ Seri Saarani Mohamad telah mengetuai Mesyuarat Lembaga Pengurusan MB Inc. Perak Bil. 1 Tahun 2026, hari ini.
Mesyuarat ini memfokuskan perbincangan terhadap penyelarasan hala tuju serta perkembangan terkini projek-projek berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh MB Inc. Perak bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh.
Turut hadir ialah YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato’ Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta barisan pengurusan kanan MB Inc. Perak.
Mesyuarat turut membincangkan secara mendalam hal berkaitan pembangunan sektor mineral negeri serta pelaksanaan pelbagai inisiatif transformatif yang bakal memberikan impak signifikan terhadap kemakmuran ekonomi Perak.
Keseluruhan resolusi dan keputusan yang diperhalusi dalam mesyuarat ini diharap menjadi katalis pembangunan holistik negeri Perak, sekaligus memperkasa taraf kesejahteraan rakyat secara berterusan.