Menteri Besar Incorporated (Perak) turut serta dalam Majlis Pecah Tanah Kilang Peleburan Bijih Timah Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd (RHT) yang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad di Klian Intan, Pengkalan Hulu, hari ini.
Menerusi pembangunan strategik ini, lebih 1,000 peluang pekerjaan dalam kategori mahir dan separa mahir bakal diwujudkan dengan keutamaan diberikan kepada anak-anak tempatan sebagai penerima manfaat utama, sekaligus mengukuhkan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh dan berterusan.
Turut hadir ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato’ Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Negeri.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan lawatan ringkas ke kawasan tapak perlombongan bagi para hadirin menyaksikan sendiri amalan perlombongan yang dilaksanakan secara bertanggungjawab dan mampan oleh RHT sejak tahun 1907.
Semoga menerusi pembangunan ini, Negeri Perak dapat terus memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, sambil memberikan impak nyata dan berkekalan kepada aspek keselamatan, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat yang menjadi teras pembangunan negeri.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak