YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad telah menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Korea ke Malaysia, TYT Yeo Seung-Bae di Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu pertemuan bagi memperkukuh hubungan dua hala antara negeri Perak dengan Republik Korea.
Kunjungan ini mengetengahkan agenda strategik yang berfokus kepada peluang pelaburan serta perkongsian kepakaran dalam bidang penyelidikan dan teknologi, selaras dengan hasrat memacu pertumbuhan ekonomi negeri Perak secara mampan.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Puan Halizah binti Sipun; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak
Menteri Besar Incorporated (Perak) turut hadir bagi menyumbang perspektif komprehensif berkenaan hala tuju dan perkembangan semasa industri mineral di negeri Perak.
Pertemuan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama strategik yang saling menguntungkan, sekaligus mengukuh kedudukan Perak sebagai destinasi pelaburan berdaya tahan dan bernilai tinggi di persada global.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak