Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menyertai Majlis Peluncuran Jelajah Yakin 2026 yang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, baru-baru ini.
Jelajah Yakin 2026 yang kini memasuki siri keduanya merupakan inisiatif strategik Stratcomm Negeri Perak bagi menyalurkan maklumat dasar-dasar Kerajaan Negeri secara langsung dan tepat kepada segenap lapisan rakyat.
Turut hadir ialah, YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri; YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan; Pengarah Stratcomm Negeri Perak; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak.
Merangkumi 59 kawasan di seluruh negeri Perak, jelajah ini dilaksanakan dengan semangat inklusif yang tinggi bagi memastikan setiap lapisan masyarakat turut merasai manfaat serta keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan hidup rakyat.
Selain itu, Jelajah Yakin 2026 turut berfungsi sebagai platform strategik dalam memperkukuh jalinan komunikasi antara Kerajaan Negeri dengan rakyat, khususnya berkaitan hala tuju pembangunan negeri yang terancang dan menyeluruh selaras dengan agenda Perak Sejahtera 2030.