Menteri Besar Incorporated (Perak) menerima kunjungan hormat daripada RHB Bank Berhad Malaysia di Ibu Pejabat MB Inc. Perak sebagai langkah memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Kunjungan ini berfokus kepada sesi pertukaran pandangan dan perkongsian pengetahuan mengenai perkembangan semasa dalam sektor kewangan serta landskap pembangunan ekonomi negeri Perak.
Delegasi RHB Bank Berhad diketuai oleh Pengarah Eksekutif Kanan, Group Client Coverage & Group Wholesale, YBhg. Datin Seri Rohana Daud dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak bersama barisan pengurusan kanan.
Pertemuan tersebut turut berperanan sebagai platform strategik untuk kedua-dua pihak mendalami inisiatif yang sedang dilaksanakan dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi serta memperluas peluang kepada rakyat Perak.
Diharapkan pertemuan yang komprehensif ini akan terus memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam merangsang pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri Perak.