Menteri Besar Incorporated (Perak) bersama Kerajaan Negeri Perak terus memperkasakan kesejahteraan rakyat melalui penganjuran Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 3 Tahun 2026 yang berlangsung di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian.
Program yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 460 aduan secara keseluruhan, dengan sesi kali ini menerima sebanyak 140 aduan baharu yang merangkumi pelbagai isu rakyat khususnya bagi Daerah Kerian.
Turut hadir dalam program ini ialah YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; para Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan; serta wakil pengurusan kanan MB Inc. Perak.
Pada hari yang sama, YAB Menteri Besar Perak turut melancarkan inisiatif Pasar Sejahtera Rakyat Perak pada sesi pagi, sebelum mengakhiri program dengan merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian yang baharu.
Diharapkan agar inisiatif seumpama ini akan terus memberikan manfaat yang nyata dan dirasai oleh seluruh lapisan rakyat dalam kehidupan seharian mereka, selaras dengan aspirasi bersama untuk memacu kemakmuran dan kesejahteraan seluruh warga Perak.