Menteri Besar Incorporated (Perak) mengambil bahagian dalam perbincangan strategik sempena kunjungan hormat delegasi British High Commission ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, baru-baru ini.
Kunjungan diplomatik tersebut menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan secara terbuka dan konstruktif mengenai perkembangan ekonomi negeri.
Turut hadir ialah Political and Economic Counsellor (Internal) British High Commission Kuala Lumpur, Marie-Claire Joyce; Pengarah UPEN Perak, Puan Halizah binti Sipun; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para Ketua Jabatan berkaitan.
Dalam sesi yang sama, MB Inc. Perak turut memainkan peranan aktif dalam memaparkan hala tuju strategik serta mengupas potensi besar negeri ini, khususnya dalam sektor industri mineral.
Sesi perbincangan tersebut diharap mampu membuka ruang kepada semua pihak untuk meneroka peluang kerjasama strategik yang berimpak tinggi, sekaligus memperkukuh jaringan pelaburan yang lebih bersepadu di negeri Perak.