YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad bersama delegasi Kerajaan Negeri telah berjaya merealisasikan komitmen kukuh mereka dengan menjana pelaburan bernilai RM160 juta bagi pembangunan Tanjong Malim Hi-Tech Park.
Kunjungan telah dibuat ke Yantai Yatong Precision Mechanical Technology di Changshu, Suzhou, iaitu sebuah syarikat bertaraf global yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam pembekalan komponen automotif kepada pelbagai jenama kenderaan terkemuka dunia.
Dalam kunjungan yang sama, syarikat tersebut telah menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi mereka ke peringkat antarabangsa dengan membina kilang pengeluaran pertama di luar negara dan telah memilih Negeri Perak sebagai destinasi pelaburan utama mereka.
Menerusi serangkaian pertemuan strategik sepanjang lawatan rasmi ini, Kerajaan Negeri kekal teguh komited dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi demi menjana peluang pekerjaan yang bermakna dan bernilai tinggi bagi anak-anak Perak.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak