YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Menteri Besar Incorporated (Perak), Dato' Seri Saarani Mohamad telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Lembaga Pengurusan MB Inc. Perak Bilangan 3 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat, Pejabat YAB Menteri Besar Perak.
Turut hadir ialah Ahli-Ahli Lembaga Pengurusan MB Inc Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, YBhg. Dato' Anuar Zainal Abidin; serta para ahli pengurusan kanan MB Inc. Perak.
Mesyuarat khas ini memberi tumpuan kepada beberapa agenda penting, antaranya penerokaan peluang baharu dalam sektor perlombongan mineral negeri serta hala tuju dan pembangunan semasa Batik Perak agar selari dengan perkembangan terkini industri batik di Malaysia.
Semoga setiap resolusi dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada pembangunan holistik Negeri Perak, sekaligus meningkatkan taraf kesejahteraan rakyat Perak, insya-Allah.