Kerajaan Negeri Perak terus komited memperkasakan kesejahteraan rakyat menerusi Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Dato' Lope Hashim, Bagan Datuk.
Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad; YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.
Siri kali ini berjaya menghimpunkan sebanyak 153 aduan khususnya daripada rakyat Bagan Datuk, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan aduan yang direkodkan sehingga siri ke-4 pada tahun ini sebanyak 862 aduan, dengan 84% daripadanya telah berjaya diselesaikan.
Program ini turut diserikan dengan pelbagai kaunter dan reruai perkhidmatan, termasuk jualan barangan keperluan asas pada harga berpatutan, bagi mendekatkan perkhidmatan serta memudahkan urusan rakyat setempat.
Inisiatif sebegini diharapkan dapat terus memberikan manfaat yang nyata dan dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian, selaras dengan aspirasi bersama untuk merealisasikan Perak Sejahtera 2030.