BATU GAJAH – Wan Arief Firdaus Wan Ahmad Affendy mampu mengukir senyuman apabila menerima cek bernilai RM12,250 untuk membuat kaki palsu, sumbangan daripada kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) hari ini.

Sebelum ini pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad di sini itu telah kehilangan kaki kiri akibat kanser tulang dan terpaksa dipotong pada 2016.

KUALA LUMPUR : Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menghulurkan bantuan kotak makanan kepada 400 isi rumah di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah, pada Selasa.

Dalam satu kenyataanm MB Inc berkata, bantuan makanan itu merupakan antara inisiatif MB Inc dalam usaha membantu meringankan beban 10,000 keluarga yang terkesan akibat pandemik di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKPD.

TANJUNG TUALANG: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) membuka Rumah Ngaji di Tapak Warisan Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 (TT5) bagi menyahut seruan untuk memperkasakan interaksi komuniti dengan al-Quran.

Ia sekaligus menjadikan MB Inc. sebagai anak syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Perak pertama yang telah menyahut seruan untuk menubuhkan Rumah Ngaji.