BATU GAJAH: Tiga projek pembangunan sektor pelancongan di Kapal Korek Tanjung Tualang No.5 (TT5) bakal menjadikan tarikan baru para pelancong ke negeri Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata, pembinaan Maze Garden@TT5, Galeri Dato Lat dan Silver Lake Brands Village dijangka siap pertengahan tahun ini iaitu bulan Mei.